Rangkap
|
Pantun
|
Maksud
|
1
|
Terang
bulan terang di paya,
Anak
kambing memakan rumput,
Jika
tak kenang kepada saya,
Nama
yang baik tidak tersebut.
|
Jelas sekali bahawa pemantun mahu dirinya dikenang dengan sebutan nama
baik, iaitu budi.
|
2
|
Anak
merak mati tersangkut,
Mati
dipanah Seri Rama,
Resam
di dunia juga disebut,
Orang
yang mati meninggakan nama.
|
Sekali lagi penegasan tentang nama baik seseorang dibawa hingga ke
mati. Budi yang di tabur oleh si mati akan tetap menjadi sebutan.
|
3
|
Anak
itik terenang-renang,
Air
pasang tenang-tenangan,
Budi
sedikit bila kan hilang,
Itu
menjadi kenang-kenangan.
|
Budi, tidak kira sedikit atau banyak tidak akan hilang atau luput
daripada kenang-kenangan orang yang pernah menerima budi.
|
4
|
Anak
ikan berlima-lima,
Mati
ditimpa punggur berdaun,
Kasih
tuan saya terima,
Sebagai
hutang seribu tahun.
|
Budi dikaitkan dengan kasih sayang. Orang yang menerima budi
menganggap dirinya berhutang seribu tahun. Maknanya, hutang budi dikenang
sepanjang hayat dan dibawa ke mati.
|
Pantun Budi diselenggarakan oleh Dr.
Anwar Ridhuan mengandungi 4 rangkap. Pantun Budi menceritakan perihal
budi yang baik bakal diingati orang. Selain itu, budi yang baik akan menjadi
sebutan orang sepanjang masa. Pada keseluruhannya, budi dikaitkan dengan nama
baik seseorang.
Tema
Budi yang baik akan diingati orang.
Persoalan
1. Jika kita tidak mengenang budi, nama
kita tidak akan diingati.
2. Mengingati orang yang berbudi,
walaupun sudah meninggal dunia, adalah adat semua lapisan masyarakat dunia.
3. Biar pun kecil budi seseorang,
budi itu tetap dikenang dan dihargai.
4. Persoalan kasih sayang yang wujud
sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan.
Bentuk
1. Terdiri daripada empat rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat
baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris
antara 3 hingga 5.
Anak itik terenang-renang (3
perkataan)
Jika tak kenang kepada saya (5
perkataan)
4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku
kata.
Terang bulan terang di paya (9 suku
kata)
Orang yang mati meninggalkan nama (11
suku kata)
5. Rima akhir pantun ini ialah abab
6. Bentuk pantun ini terikat dengan
puisi tradisional.
Gaya Bahasa
1. Asonansi - pengulangan vokal a - Terang bulan terang di paya
2. Aliterasi – pengulangan konsonan g – Orang yang mati meninggalkan nama.
3. Kata ganda - Anak ikan terenang-renang
4. Sinkope – Jika tak kenang kepada saya
5. Repitasi - Terang bulan terang di paya
Nilai
1. Nilai menghargai budi.
Budi yang ditabur oleh seseorang akan
dikenang walaupun orang itu telah tiada.
2. Nilai keihlasan.
Keikhlasan menghulurkan budi kepada
insan lain
No comments:
Post a Comment